Thursday, May 10, 2012

Emas GSR 999 vs Ar-Rahnu Agro Bank [2012]

Assalamualaykum Wbt,

Terima kasih sebab sudi bukak link ni. Ambe cuma nk berkongsi cerita pasal emas dan ar-rahnu (terkini 10 Mei 2012). Berikut adalah maklumat yang ambe jadikan rujukan untuk pemahaman tuan³, cik³ dan puan³. alkisahnya...

Jenis Emas : 999 (24 karat)
Berat : 10.50 gram
Fizikal Emas : Rantai tangan pasir
Keluaran : GSR (Gold Silver Resource Sdn. Bhd 968449-A)
Tarikh Beli : 5 May 2012
Harga beli : RM187.62/gram

Sebelum ambe menyambung cerita selanjutnya, korang semua nak jugak tau kenapa pulak ambe nk pajak emas ni kat bank kan? Tujuan asal untuk cuba melakukan sendiri dan mencari pengalaman selok belok ar-rahnu, sambl³ meletakkan ini sebagai alasan. Ceritanya, pada tahun lepas ibu ambe berikan duit berjumlah RM1500. Tujuan utamanya adalah utk melaksanakan upah haji buat Allahyarham bapa ambe (Alfatihah untuknya dan doakan semoga Allah swt menempatkan beliau di kalangan orang³ beriman). Adapun waktu ketika tu ambe nk la terus buatkan upah haji tu menggunakan khidmat Tabung Haji Malaysia. Ambe rasakan itu adalah yg terbaik, InsyaAllah.

Tapi orang kaunter Tabung Haji tu kate, "permohonan telah ditutup. Boleh cuba untuk tahun depan punya pulak. Encik kena standby awal³ pagi 1 Rejab kat depan pintu Bank Tabung Haji". O0o0o.. rupa³nya nk kena booking cepat³ sebab kuotanya boleh penuh (Ingatan utk mereka yg berhajat utk buat upah haji menggunakan khidmat Tabung Haji Malaysia yer)

Dipendekkan cerita, nak tunggu tahun depan berbulan³ la jugak lamanya. So, ambe membuat keputusan untuk beli emas. Mane la tau, kot³ sampai tahun depan harga emas melonjak naik. Maka, bolehlah ambe melonjak³ keriangan. Bergoogle³ la ambe mencari kat mane tempat sesuai nak 'invest' RM1500 tu (Setelah mendapat keizinan dari ibu ambe). Masa tu belom kenal sangat ngn dunia ke'emas'an ni. Ambe jumpelah satu artikel yang dibincangkan oleh UZAR (Http://www.zaharuddin.net). Bank terbaik untuk simpan emas yang halal iaitu di Kuwait Finance House (Klik kat link utk tengok pra-syarat simpan kat KFH). Asasnya perlu diketahui ia adalah bentuk simpanan emas di bank jenis 995 (23 karat) dan tiada caj simpanan. Lalu ambe terus la gi KFH yg kat sebelah klcc tu.

Pada hari ini, 18 Jamadilakhir. Ade beberapa hari lagi untuk ambe daftarkan upah haji tersebut. So, ambe pun tengok la harga emas terkini. errrkkk... harga masa beli aritu RM17+.++. Hari ni punya harga jual balik RM153.90. Allahuakbar.. tarak untung ini macam. Lugi manyak lo..(Baru la ambe tau, investment utk emas adalah untuk jangka panjang). So, peringatan untuk sesape yg berhajat untuk 'jual balik, ar-rahnu a.k.a pajak' lebih baik beli emas fizikal macam rantai tangan atau cincin³. So, ambe pun cancel la utk jual balik. huhu..

Mane nak dapatkan balik RM1500 tu?? Alhamdulillah, ambe ade la seutas rantai tangan pasir yang baru je dibeli melalui kawan ambe (nama dirahsiakan). Beliau merupakan agent kepada syarikat baru Gold Silver Resource (GSR). Masa tu rasanya harga tengah rendah, kot iye la rendah.. sebabnya keesokan harinya harga lagi rendah. Haha.. sukar nak diramal harga emas ni. kena menuntut 40 hari 40 malam baru bole faham. So, ambe buat keputusan untuk jual balik (rugi.. sama je kisahnya ngn KFH tu) eh, x jadi. nak ar-rahnukan emas tu la. Bila google, banyak yg bagi pilihan tempat terbaik untuk pajak guna cara Islam adalah Ar-rahnu Agro Bank (Ingat ! dah ade ar-rahnu, jangan ngada³ nk pajak emas kat kedai selain ar-rahnu).

Pagi tadi.. terus gi Agro Bank (Dulunya dikenali sebagai Bank Pertanian) di Kuala Lumpur. Kalau ikut map google, xde la jauh mane. tapi kalau dh sesat tu maka jauhnya la jadinya.. haha. Agro bank kat tengah³ KL ni kecik je rupanya. sewa mahal sangat kot. tapi yang bagusnya, ade ar-rahnu. sebabnya ar-rahnu kat Agrobank takde kat semua cawangan. kena tengok kat web diorg. Sampai kat Agrobank, alhamdulillah xde orang. bole la kalau nak banyak tanya nanti.

"yer encik, ape yg bole saye bantu?". huhu.. x ambik no. giliran pon. terus je kaunter. "err.. saye nak ar-rahnu". Dipendekkan cerita lagi. Alkisahnya rupa³nya nk buat ar-rahnu kat Agro Bank ni rumit sebenarnya. Berikut adalah antaranya yg sempat dialami sendiri dan ditanya direct kepada diorang.


a) Kalau nak buat ar-rahnu kat mane³ cawangan Agro Bank, lokasi tempat tinggal atau tempat bekerja mestilah paling hampir dengan AgroBank ar-rahnu tersebut. Ambe duduk di Bandar Baru Bangi tapi kerja di Gombak, KL. Pada awalnya, diorg macam tak setuju ambe buat ar-rahnu di situ. katanya, cawangan ar-rahnu Agro bank ade di Kajang (dekat ngn kediaman) ataupun kat Selayang (tempat bekerja). tapi ambe pilih kat KL disebabkan jarak antara keduanya (Selayang) tidaklah sejauh mana. maka diorg setuju. Nie baru pra-setuju tau. seterusnya..

b) Umur. Sampai³ je kt kaunter lepas cakap nak wat ar-rahnu diorg tanya umur berapa encik. Almaklumlah ambe ni muka macam kanak³ ribena walaupun dh nk masuk 30 tahun ni. rupa³nya ade kaitan umur dengan jumlah maksimum pinjaman. ade 3 kategori umur iaitu remaja, dewasa dan lebih dewasa. hehe. tak ingat lak berapa umur ikut kategori ni. lupe dah.. brochure terkini yang diorg dapat dari pihak atasan x boleh nk copy atau nak amik gambo guna henpon (confidental katanya).

c) Pengesahan bekerja. Kalau boleh agaknya diorg nak satu surat yang menyatakan tempat anda bekerja. Tapi ambe cuma ade kad staff tempat ambe bekerja. Ambe bekerja di Gombak, tapi kat dalam kad staff tu xde lak bagitau ambe betul³ bekerja kat Gombak. adehhh.. diorg mintak nombor telefon opis (HR) untuk pengesahan ambe bekerja di sebuah syarikat di Gombak. Kad student??.. huhu, diorang tak terima. noted!

d) Satu cawangan Agrobank je utk anda. Maksudnya, jika anda berhajat nak buat ar-rahnu kat AgroBank cawangan selain dari tempat pertama anda pajakkan maka ianya tidak dibenarkan. Contoh, ambe dah buka akaun ar-rahnu kat KL. tetiba ambe berpindah ke Palong 8, Negeri Sembilan. Huhu, x bole dah nak ar-rahnu kat AgroBank kt Palong 8. Sebabnya, rekod kite dah ade kt situ dan 'box' simpan emas atas nama kite telah direkodkan di bank tersebut. Cuma kurang pasti kalau 'box kite dah kosong'.. bole ke tidak buka akaun baru? x sempat tanya..

e) Maksimum Emas yang boleh di ar-rahnukan. Huhu.. dah terlepas maklumat sebenarnya. By da way, jumlah maksimum yg dimaksudkan adalah jumlah kesemua emas dalam 'box simpanan emas' anda. Boleh di ar-rahnukan berkali³ selagi box tak penuh. arini 10gram, esok 20gram, lusa 30gram.. bole je.

f) Jenis emas yang dibenarkan. yang sempat ambe perasan, rantai tangan, rantai leher dan cincin. Kesimpulannya, yang jenis kecil sikit ketebalan emas tu. Tak kisah la ianya rantai gajah padu atau rantai tangan pasir. Diorg cakap, dah ade kes pelanggan yang buat ar-rahnu guna gelang tangan yang besar³ tu. lapisan luar dia memang la emas tulen, tapi bahagian tengahnya ade besi yg memberatkan timbangan emas tu. Huhu. Wallahuallam, teknologi dah moden. macam³ bole berlaku.

g) Pinjaman? Tempoh pajakan. Sebenarnya, pihak Agro Bank mengubah bentuk pajakan ini kepada pinjaman. maknanya kite sebenarnya membuat pinjaman dengan bank menggunakan nilai emas yg dipajakkan.tempoh pajakan adalah menggunakan konsep 6 bulan, 3 bulan dan 2 bulan. Selepas 6 bulan, jika barang kemas tu tidak dilunaskan bayarannya maka secara automatiknya ia akan disambung selama 3 bulan lagi. caj atau upah simpan akan dikenakan pada masa yang sama. Namun, jika hendak menambah lagi untuk 2 bulan yang terakhir. Bayaran sebelumnya perlulah dijelaskan terlebih dahulu baru bole tambah lagi 2 bulan tu.

h) Lelongan. Jika dalam masa 11 bulan (6+3+2) tu emas yang dipajak tidak dibayar kos pinjaman dan upahnya maka pihak AgroBank berhak melelong emas tersebut mengikut harga asal pinjaman yang diberikan kepada pihak penggadai. nilai kadar lelongan bermula mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

i) Buka buku akaun terlebih dahulu. Jika anda tidak pernah mempunyai akaun Agro Bank (akaun biasa) sebelum ini, maka anda dikehendaki membuka akaun tersebut terlebih dahulu. So, kena sediakan duit RM100 untuk buka buku. Jika siap ngan kad atm, diorg akan tolak RM8 dari RM100 yang tuan bagi tu. Kemudian, jika emas anda telah di cek ketulenannya dan ditimbang. Nilai wang pinjaman yang diberikan akan dimasukkan terus ke akaun anda. NO CASH on counter.

j) Resit belian dan nilai gadaian. Huhu.. bendalah ni penting, tapi mintak maaflah sebab cerita kat bahagian bawah. Jumlah yang dibenarkan untuk ditukar kepada duit ringgit adalah 60% dari nilai sebenar emas yang dipajak. sebelum ni 70% kan? sekarang tidak lagi yer. Ingatan penting, pastikan anda mendapatkan resit belian semasa beli emas tu. Resit sangat penting untuk dapatkan 60% tu. Kalau xde resit.. 40% jer. ish ish ish... nak kata rugi, x rugi pon. cuma kurang sikit la duit yang akan diberikan. tapi, "kesian la kepada mereka yang xde resit" kata org bank tu. Ambe pon Alhamdulillah bawak resit. tergerak hati nak bawa...

k) ape lagi erk.. nanti akan diupdate² semula.

Begitulah antara perkara yang perlu diambil kira jika anda ingin menggunakan khidmat ar-rahnu di Agro Bank. So, lepas kat kaunter tu ambe dikehendaki naik ke tingkat 1. masuk dalam bilik.. huhu. tujuannya untuk membuat pengesahan nilai, berat emas yg nak di ar-rahnukan. Diorg mintak resit kemudian diorang fotostat resit tu untuk rujukan. then, diorang mintak emas yang nak dipajak. Ambe hulurkan lalu diambil kemudian ditimbang. Alhamdulillah, berat yang sama dengan berat yang ditulis kat resit tu.

Lepas timbang, diorang masukkan emas rantai tangan pasir tu ke dalam satu cecair. untuk ape erk?? lupe nak tanya.. untuk cek ketulenan kot. hurm.. ni yang x best skit nak cerita.. tengok jer la yer (jangan buat andaian tak elok yer, baca sampai habis)

Fizikal Emas : Rantai tangan pasir
Ketulenan Emas selepas dinilai Agro Bank : 995 (23 karat) - Original dari GSR : 999 (24 karat)
Berat selepas dinilai Agro Bank : 10.50 gram (sama ngn berat GSR)
Harga 999 : RM19+.++/gram
Harga 995 : RM186.40/gram
Tarikh dan Masa : 10/05/2012 (11:13am)

Uwaaaaa... ade macam nak nangis sikit. Camne boleh bertukar ketulenan emas ni pulak. dari 999 kepada 995. elok³ bole dapat RM19+.++/gram. terus downgrade dan dapat cuma RM186.40. Menurut pihak AgroBank, kemungkinan disebabkan emas tu telah dimasukkan kedalam cecair ape entah yg diorang guna tu menyebabkan ketulenan emas tu bertukar. Sape suruh masukkan. Hehe. Benarkah??? Oleh sebab tak puas hati sikit, tanya lagi mungkinkah saye ditipu oleh pihak pengeluar emas?? dia kata "Takde lah, sebab encik beli rantai tangan pasir. tu yg menyebabkan ketulenannya sukar untuk dikenalpasti. kerana ade 'pasir³' kat atas emas tu". hurmm...


Oleh kerana ini adalah pertama kalinya ambe melakukan kesemuanya ini, maka ambe pon bersetujulah dengan semua ape³ yg diputuskan. Alhamdulillah, bolehlah kurangkan beban nak dapatkan RM1500 tu. walaupun kena la korek tabung skit.. xpe, KFH punya akaun tak terusik. mungkin 10 tahun lagi baru la bole nak jual balik. hehehe.

Tapi kena ingat jugak, bulan³ kena bayar utk tebus semua emas tu. Boleh je kalo nak bayar penuh terus, so harga upah simpan boleh dikurangkan. Harga Upah Simpan di ambil sebanyak RM0.60/gram. Darabkan la dengan berapa lama korang nak simpan

So, antara sedikit ulasan yang boleh ambe putuskan ialah :

a) Mindset kena betul. Kalo nak buat investment, fikirkan utk jangka masa panjang.
b) Fikir investment. Beli la emas macam mane bentuk pon. Tapi kalau ade fikir nak ar-rahnukan, beli la rantai tangan gajah atau cincin dan seangkatan dengannya. Kalau ade fikir nak memakainya (kaum hawa shj) maka beli la yang cantik³ macam rantai tangan pasir ni (kata lelaki mcm ambe la). Boleh simpan dan boleh pakai. tapi hati³ la bila pakai... jangan 'asyik gatal nk garu³ tangan, leher' depan orang pulak. hehehe
c) Berani mencuba. Ikut laluan yang betul untuk jual/gadai emas. Ar-Rahnu kan ade.. jgn kedai³ yg diragui.
d) Malu bertanya sesat jalan. Sebab malu la tu, google kata x jauh nak gi bank dah jadi jauh.
e) Ade duit lebih baru la beli emas. Jangan duit tu nak pakai esok lusa, pi beli emas. Ade risiko untuk rugi dan menyusahkan diri sendiri nanti.
f) dah³... cukup untuk kali ni dulu.

p/s : feedback dari dealer GSR.Masalah downgrade akan berlaku sekiranya emas tu adalah sedikit (ringan). tapi kalau gi ar-rahnu di Yapeim/Bank Rakyat mungkin masalah downgrade ni x berlaku.

InsyaAllah akan diupdate jika perlu.

Sekian, Wassalamualaykum wbt

Post date : 10th May 2012

Penafian : Segala tulisan yang tercatat di dalam blog ini adalah hasil pengalaman sendiri oleh penulis. Tiada sebarang unsur untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana-mana pihak. Sekiranya terdapat kekeliruan, bolehlah berurusan terus dengan penulis. Terima kasih.

3 comments:

Unknown said...

wow.laluannya mcm berliku2.tp ambo buat kt agrobank jln reko mcm senang je.buka buku n kad pn just deposit rm30.ambo daftar tgh2 bln 4 2012.

apa pn syukran kongsi pasal downgrade.ambo pn xtanye mase pajak hr tu.just buat andaian ketulenan emas jatuh sbb cecair tu.so andaian ambo betul la.

Wan said...

sebab ade ruang2 kosong kat rantai tu dan berat emas... Diorang mmg akan downgred utk utgkan bank dan elak kerugian..

AbangCik said...

sebab ambe first time buat semua ni, so.. ikutkan je la ape yg diorg nak. so, lepas ni ntah bila la nk pajak.. hehe.

"belajar melalui pengalaman"