Saturday, July 2, 2011

Rehal Al-Quran - Sejauh manakah kepentingannya?


Assalamualaykum Wbt.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt, diberikan nikmat hidup dan kesihatan. Nikmat Iman yang tidak ternilai harganya dan juga nikmat mata utk melihat.. dan segala bentuk lain ciptaanNYA.

Di sini, saye ingin berkongsi sedikit perkara yang semakin dilupai oleh masyarakat islam keseluruhannya. Iaitu, bagaimana cara kita untuk menghormati dan memuliakan Al-Quran yang merupakan rujukan kepada kita sebagai umat islam.

Rasulullah s.a.w telah bersabda ;

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku" (HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619) 


Dari Aisyah r.anha telah bersabda Rasulullah s.a.w: 

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.



Kita berbangga kerana mempunyai satu panduan/rujukan yang boleh membantu kita mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Ia merupakan sumber rujukan hakiki sejak turunnya Al-Quran melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dari Allah swt kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Maka sudah menjadi tanggungjawab untuk kita memuliakan kitab Al-Quran dengan sebaiknya. Lalu dengan kesedaran inilah saye ingin memperkenalkan kepada kalian semua salah satu di antara cara yang boleh kita lakukan untuk memuliakan kitab Allah swt tersebut. 

Terdapat segelintir masyarakat yang tidak menyedari apatah lagi untuk mengambil berat mengenai perkara ini. Semenjak kecil kita telah dididik mengaji dan belajar Al-Quran menggunakan rehal kecil yang sebenarnya telah 'menghina' kedudukan Al-Quran yg sepatutnya disanjung tinggi.

Tidaklah menjadi kesalahan untuk menggunakannya. Tetapi jika kita mempunyai pilihan yang lebih baik mengapa kita tidak menggunakannya? Ini akan menunjukkan betapa kita bersyukur atas kurniaan Al-Quran sebagai kitab rujukan selain untuk memuliakannya.


REHAL TRANSFORMER

Di, kesempatan ini saya ingin memperkenalkan rehal Al-Quran yang merupakan produk muslim. Dikalangan penggunanya menggelarkannya sebagai 'Rehal Transformer'. Penghasilannya bukan semata-mata untuk meletakkan Al-Quran ditempat yang sepatutnya (Darjat), namun ia mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang menarik antaranya;

~ Memuliakan Al-Quran (Tujuan Utama)
~ Sesuai dijadikan tempat untuk membaca dan menulis (Kanak-kanak dan dewasa)
~ Boleh dilipat untuk tujuan menyimpan dan membawa kemana-mana
~ Membantu kesihatan (postur tubuh badan) 
~ Proses pembelajaran yang lebih berkesan
~ Boleh letak labtop/notebook
~ Tahan lasak
~ Mempunyai ukiran kubah masjid
~ Berwarna hitam.

Berikut merupakan beberapa gambar yang telah diambil untuk tujuan rujukan. Biarpun ia nampak ringkas, namun tujuan sebenar penghasilannya sangat-sangat boleh dibanggakan.


Kedudukan Al-Quran
Untuk tujuan pembelajaran
  Ukiran kubah masjid
 Pandangan sisi

Pandangan sisi bersama buku

Harga : RM39 setiap satu

*Jika tempahan melebihi 7 pcs dan ke atas - diskaun 10%
Sekiranya, kalian berminat untuk memilikinya untuk tujuan persendiriannya bolehlah menghubungi saya terus di talian di bawah. Saye juga sedia menerima tempahan pada kuantiti yang banyak sama ada untuk sekolah dan tempahan wakaf. Marilah sama-sama kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk menambah amal sedekah jariah yang boleh merupakan saham akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Untuk tujuan tempahan, sila hubungi :


Bro. azizie b hamzah

Telefon : 0133577539
Email : 2012.bizz[@]gmail.com
FB : Http://facebook.com/peniagamoden
Web : Http://myislamirc.blogspot.com

No comments: